Saturday, March 13, 2010

KEMPEN KEAHLIAN KOKOPUN

Salam & Selamat Sejahtera,

Sudahkah anda mendaftar sebagai ahli KOKOPUN ??


Apa kelayakan menjadi ahli?

1. merupakan penduduk yang bermastautin di Mukim Nilai, Negeri Sembilan.

2. atau, mempunya harta (tanah/ rumah/ kedai) di Mukim Nilai.

3. berumur 18 tahun ke atas.

4. seluruh isi-rumah berumur 18 tahun boleh menjadi ahli - tidak terhad kepada ketua rumah sahaja.


Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli?

1. hubungi terus Mejar(Bersara) Jumian bin Jumi di talian 016-637 8537

2. atau, email kami di kokopun.kita@gmail.com

3. atau, respon blog ini - jangan lupa tinggalkan no. telefon anda untuk kami hubungi

4. hubungi mana-mana ALK(Ahli Lembaga Koperasi) KOKOPUN atau wakil/ Pengerusi taman perumahan anda sendiri

5. di Masjid Bandar Baru Nilai setiap hari Jumaat sebelum/ selepas Solat Jumaat


Apa yang diperlukan untuk mendaftar?

1. salinan kad pengenalan - satu salinan sahaja

2. yuran keahlian sebanyak RM50.00

3. mengisi borang Keahlian


Apa faedah menjadi ahli KOKOPUN?

1. dilindungi dengan Insuran Khairat Kematian

2. peluang melabur di dalam projek-projek KOKOPUN dan memiliki saham

3. pulangan dividen yang saksama

4. satu saluran membantu orang-orang yang kurang upaya

5. menerima sumbangan/ cenderahati/ hadiah kecemerlangan anak-anak dan ahli

6. kos pembiayaan pinjaman peribadi yang rendah (tertakluk kepada syarat & terma)


Jangan lepaskan peluang ini demi untuk kebaikan anda, keluarga serta ummah.


SELAMAT DATANG KE BLOG KOKOPUN

Salam & Selamat Sejahtera,

Blog KOKOPUN ini diwujudkan untuk kemudahan ahli-ahli serta ALK memperolehi maklumat semasa mengenai koperasi. Jika ada sebarang cadangan, usul atau buah fikiran yang membawa kebaikan kepada komuniti kita, salurkanlah di laman ini.

Terimakasih kerana mengunjungi blog ini.